Monday 9 July 2012

Doa Keampunan



Ya Tuhan kami!
Kami telah menzalimi diri kami sendiri
dan jika Engkau tidak mengampuni kami
serta memberi rahmat kepada kami,
pastilah kami termasuk orang-orang
yang rugi.

(al A'raf 23)

"Barang siapa yang membaca doa ini selepas solat,
lalu beristighfar kepada Allah s.w.t.
nescaya akan terampun dosanya.

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..
Bismillahhirrahmanirrahim..
Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna kerana yang Maha Sempurna itu 
hanyalah Allah Azza Wajala..
Doa yang tertera diatas ada kaitan dengan
Nabi Musa dan Harun.
Daripada apa yang ana baca,
menzalimi diri kami
yang dimaksudkan adalah
dua orang Nabi yang mulia tersebut.
Namun ia bukan bermaksud
mereka melakukan dosa kerana Nabi adalah maksum.
Maksud menzalimi diri ialah telah meninggalkan sesuatu yang lebih utama (tarkul aula).

Hanya setakat itu pengetahuan yang ana ada tentang ayat ini.
Maaf sekiranya ada yang silap dan salah.
Apa-apa pun, marilah kita cuba beramal dengan 
doa ini agar kita mendapat keampunan daripada Allah s.w.t.

Wallahualam~

Friday 6 July 2012

ALLAH s.w.t is with us





"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang
Aku , maka (jawablah) bahawa Aku dekat. 
Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa 
apabila ia memohon padaku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perintahku)
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu 
agar mereka selalu berada dalam 
kebenaran."

(al-Baqarah ayat 186)

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti,
setelah ana membaca ayat ini,
ana merasakan seolah-olah Allah s.w.t itu
sangat hampir dengan ana..
seolah-olah..
selama ini ana yang menjauhkan diri daripadaNya..
seolah-olah..
ana telah lupa Allah itu Maha Mendengar,
Maha Pengasih.

Ya ALLAH...
ampunkan aku ya Allah..
ampunkan hambaMu ini
hambaMu yang berdosa
yang lalai menunaikan perintahMu 
ampunkan aku Ya Rabb..

Ya ALLAH..
bimbinglah aku ke jalanMu
jangan biarkan aku dihanyut oleh keseronokan dunia
dunia yang sementara
yang akan hancur
hancur sehancur-hancurnya..

Ya ALLAH..
Ya RAHMAN Ya RAHIM..
ampunkan aku Ya ALLAH...
Ya ALLAH..
Ya ALLAH....
Ya ALLAH.......




Wednesday 4 July 2012

Suami Yang Soleh


Suami yang soleh ialah
suami
Yang mengasihi isterinya,
Yang sentiasa membimbing isterinya
ke jalan Allah s.w.t.
Yang mementingkan agama isterinya,
Yang sentiasa menjaga aurat isterinya
daripada dipandang ajnabi,
Yang tidak pernah lalai
memberi nafkah,
Yang sentiasa membantu isterinya,
dan
sebaik-baik suami di dunia 
ialah 
suami
Yang sentiasa cuba mancontohi
RASULULLAH s.a.w.


Thursday 28 June 2012

Tuesday 26 June 2012

ISLAM

~Thank you Allah
~For giving me
~A beautiful religion
~ISLAM